Saturday 14 February 2009

THE POWER OF LIFE...

Salam takzim dari Miss Cinta..rasanya sudah lama Miss Cinta tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Mungkin disebabkan sibuk melakukan perkara lain sehingga melupakan ruangan ini. Tiada apa yang penting sebenarnya untuk miss cinta coretkan di sini. Cuma ingin bertanya khabar kepada teman-teman yang lain tentang kehidupan anda di universiti ini. Jika anda merasakan life di universiti suatu yang menyeronokkan maka anda akan berasa seronok..tetapi jika anda merasakan life di universiti membosankan..maka ia kan jadi bosan. Secara peribadinya meniti zaman universiti adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita. Anda adalah seorang yang bertuah jika sekarang anda dapat belajar di universiti. Percayalah kehidupan di universiti sangat menyeronokkan. Kehidupan yang disulami dengan nilai-nilai persahabatan, kasih sayang, gurau senda, gelak tawa, komitmen sebagai seorang pelajar dan akhirnya akan menuju puncak memegang segulung ijazah. InsyaAllah… Tidak rugi jika anda sekarang berada di alam kampus. Banyak lagi benda yang perlu anda pelajari dan pengalaman yang perlu anda cari sebelum keluar dari alam kampus ini. Ciptalah satu kenangan yang terindah dalam hidup anda yang tidak akan anda lupakan sampai bila-bila sebelum anda melangkah keluar dari dunia kampus. Percayalah suatu hari nanti setelah anda meniti zaman tua, kenangan manis yang anda cipta di universiti ini akan membuatkan anda tersenyum sendiri bila memikirkan tentangnya.

“Persahabatan adalah perkara yang paling sukar diterangkan dalam dunia ini. Ia bukan sesuatu yang dapat dipelajari di sekolah ataupun di universiti. Namun jika kita tidak mempelajari makna persahabatan, kita memang tidak belajar apa-apa.”

“Graviti tidak bersalah apabila seseorang jatuh cinta…”

Tuesday 13 January 2009

Untuk Renungan Bersama...

Perkahwinan cara terbaik penuhi fitrah manusia, atasi masalah sosial masyarakat

ALLAH menciptakan manusia berpasangan, lelaki dan perempuan yang saling memerlukan bagi melengkapkan kehidupan sosial serta seksual. Firman Allah bermaksud: "Dan di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri dari jenis kamu, supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang." (Surah ar-Rum: 21)

Islam menetapkan cara terbaik baik bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidup mengikut keinginan mereka. Hubungan itu perlu dilangsungkan mengikut peraturan dan dibenarkan. Pematuhan peraturan itu mempunyai banyak hikmah dan membezakan antara kehidupan manusia berbanding haiwan. Allah mencipta manusia sebaik-baik kejadian dan perlu diterjemahkan melalui cara hidup.
Islam menetapkan perkahwinan adalah hubungan halal bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidup berpasangan. Undang-undang atau peraturan berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan adalah yang tertua bagi manusia. Ramai yang memilih jalan salah dalam memenuhi tuntutan seks. Ada pasangan yang tidak mempunyai ikatan halal, bukan suami isteri, melakukan hubungan seks tanpa rasa bersalah atau berdosa.

Perbuatan menyamai sikap haiwan itu bukan setakat membabitkan golongan bawahan, bahkan individu berkedudukan dan terkenal. Mereka terpengaruh dengan cara hidup Barat yang bangga memperkenalkan pasangan bersekedudukan dan menjadikan bahan seks untuk meraih populariti.

Perbuatan zina diharamkan kerana keji dan melanggar ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israk: 32) Biarpun zina dilakukan dengan rela, ia adalah jenayah. Hukuman terhadap penzina perlu dilaksanakan seperti kesalahan membunuh, mencuri dan merogol sebagai pengajaran kepada semua terutama mereka mempunyai keinginan melakukannya.
Golongan yang menjadikan seks perkara mudah berpunca lemahnya iman dan takwa. Mereka mudah dipengaruhi syaitan yang bijak memperdaya manusia melakukan kejahatan membabitkan nafsu seks. Pergaulan bebas, ditambah pengaruh dadah, arak dan bahan lucah mendorong seseorang melakukan zina. Justeru, Islam menggariskan batasan hubungan lelaki dan perempuan supaya tidak mudah diperdaya syaitan. Lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan tidak dibenarkan berada berdua-dua di tempat terlindung daripada pandangan orang ramai. Rasulullah SAW mengingatkan perkara itu melalui sabda bermaksud: “Jangan sekali seorang lelaki bersama perempuan yang tidak halal baginya kerana yang ketiganya adalah syaitan kecuali kalau ada mahramnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ideologi Barat mengatakan hal berkaitan seks perlu ditentukan individu tanpa sekatan dan kongkongan adat atau agama tidak boleh diterima. Hakikatnya, apa yang didakwa itu adalah penyimpangan keperluan manusia sendiri. Golongan melakukan seks bebas mendakwa hubungan seks hak mutlak seseorang seperti hak asasi lain. Maka kebebasan itu tidak boleh dihalang sesiapa termasuk ibu bapa terhadap anak gadisnya. Amalan itu difikirkan dapat mengatasi masalah sekatan seks yang didakwa punca berlaku rogol. Namun, hakikatnya masalah itu tidak dapat diselesaikan. Di Barat kes rogol dan penderaan seks tetap berleluasa. Nilai moral dan batasan kemanusiaan tidak lagi menjadi penting di Barat.

Jalan terbaik menyelesaikan hal berkaitan seks ialah melalui cara ditetapkan syariat iaitu perkahwinan. Institusi perkahwinan bukan saja membolehkan lelaki dan perempuan menjalani hubungan seks secara halal, tetapi banyak rahsia kebaikan di sebaliknya.

Institusi perkahwinan membentuk hubungan lebih kukuh, ikhlas dan mewujudkan perasaan saling memerlukan antara lelaki dan perempuan. Berlainan hubungan zina, semata-mata bertujuan kepuasan nafsu. Dalam institusi perkahwinan, hubungan lelaki dan perempuan bukan sekadar memenuhi keperluan seks, tetapi berkongsi semuanya. Kesetiaan, pengorbanan, saling menghormati, memerlukan, kasih sayang, keyakinan dan kepercayaan dalam hu bungan suami isteri membentuk institusi kekeluargaan yang kukuh. Melalui perkahwinan kelahiran anak amat diharapkan. Islam menggalakkan perkahwinan bertujuan melahirkan zuriat. Walaupun zina juga melahirkan zuriat, tetapi bukan matlamatnya. Penzina sedaya upaya mengelak daripada perkara itu, lebih-lebih lagi perempuan.
Mengandung dan melahirkan anak zina menyebabkan banyak keburukan. Cara menutup aib ialah pengguguran janin dan jika tidak berjaya atau tidak sanggup menggugurkan, maka lahirlah anak zina. Untuk menutup malu dan tidak mahu menghadapi pelbagai masalah berkaitan kelahiran anak, maka dilakukan jalan mudah dengan membuang bayi. Perbuatan itu menunjukkan kesan buruk zina. Jelas ia turut mendatangkan masalah kepada orang lain. Untuk mengelak zina, dinasihatkan kepada mereka yang cenderung melakukan hubungan seks dan mampu berkahwin, maka bersegeralah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai pemuda, barang siapa antara kamu sudah mampu berkahwin, maka kahwinlah, kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan barang siapa belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu mengurangi nafsu syahwat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Monday 12 January 2009

Be Yourself.......

Salam takzim dari Miss Cinta….di sini miss cinta ingin memperkatakan tentang hidup kita. Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri. Jangan hairan kalau orang melihat anda lalu berkata, “ Dia tu dulu sama kubang parit ngn aku. Masa sekolah bukan main bodoh. Sekarang da jadi profesor. Aku mcm tak percaya.”
Mungkin ada pula orang yang berkata begini di belakang anda, ` Masa kami muda-muda dulu dia pernah ajak aku curi rambutan kat dusun org. Sekrg da jd ustaz. Ustaz ape benda tu??”..dan mcm2 lagi kata-kata yang akan dilemparkan oleh manusia kepada anda.. jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapa mereka itu. Tidak kira anda orang kecil atau orang besar, anda akan tetap menjadi perbahasan manusia.
Tradisinya sesuatu ilmu itu memerlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang pada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Lebih pendek daripada itu akan dianggap cabel. Tradisinya juga jawatan-jawatan tertinggi dalam satu-satu jabatan terisi dalam tempoh-tempoh tertentu, maka manusia tradisi akan menganggap kenaikan pangkat anda secara mendadak sebagai aircond yang kuat.
Manusia selalunya begitu. Usah bersedih atau terlalu ambil hati. Boleh kecewa dengan tanggapan salah manusia tetapi anda perlu gembira dengan pencapaian itu. Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kata manusia. Ia berselirat dengan seribu satu pertanyaan yang tidak akan ada noktahnya kepada jawapan yang mereka berikan sendiri. So pesanan dari miss cinta..be yourself!!!

Tuesday 6 January 2009

MULAKAN HIDUP BARU ANDA.....

Kira-kira sudah seminggu berlalu tahun baru iaitu tahun 2009. Begitu juga dengan tahun Maal Hijrah. Rasanye tidak terlambat untuk Miss Cinta mengucapkan Selamat tahun baru maal hijrah dan juga tahun baru 2009. Apa-apa pun yang penting bermulanya tahun baru ni maka bermulalah azam baru, cita-cita baru, dan segala-galanya adalah baru. Diharapkan kepada semua ahli Permas telah menanamkan azam baru untuk meningkatkan lagi potensi diri anda atau pun menyambung kembali azam tahun lepas yang masih belum sempat diselesaikan. Kita sebagai seorang mahasiswa dan juga mahasiswi seharusnya mempunyai tekad dan azam untuk meningkatkan potensi diri kita dan menjadikan diri kita seorang yang hebat.
Sebelum itu, rasanya tidak terlambat juga untuk Miss Cinta mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Permas yang telah mencapai keputusan yang cemerlang pada semester lepas. Miss Cinta ada terdengar terdapat ramai student kita yang mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah diucapkan dan kekalkanlah prestasi anda pada masa akan datang. Kepada yang masih tercari-cari kecemerlangan diri anda teruskanlah usaha dan jangan sesekali berputus asa. Masih ada peluang lagi untuk kita meneroka diri kita. Banyak lagi yang kita tidak tahu akan potensi dan kehebatan diri kita. Jadi mulakan hidup baru anda ini dengan senyuman dan ia akan berakhir juga dengan senyuman.Yang lepas kita jadikan sempadan dan hari yang akan kita tempuhi ini kita lalui dengan ketabahan dan kekuatan.
Sekian...
-Salam ceria dr Miss Cinta-

Sunday 16 November 2008

Her First Week



She was so small I would scan the crib a half-second
to find her, face-down in a corner, limp
as something gently flung down, or fallen
from some sky an inch above the mattress. I would
tuck her arm along her side
and slowly turn her over. She would tumble
over part by part, like a load
of damp laundry, in the dryer, I'd slip
a hand in, under her neck,
slide the other under her back,
and evenly lift her up. Her little bottom
sat in my palm, her chest contained
the puckered, moire sacs, and her neck -
I was afraid of her neck, once I almost
thought I heard it quietly snap,
I looked at her and she swivelled her slate
eyes and looked at me. It was in
my care, the creature of her spine, like the first
chordate, as if the history
of the vertebrate had been placed in my hands.
Every time I checked, she was s
till with us - someday, there would be a human
race. I could not see it in her eyes, but when I
fed her, gathered her
like a loose bouquet to my side and offered
the breast, greyish-white, and struck with
minuscule scars like creeks in sunlight, I
felt she was serious, I believed she was willing to stay.

Coretan Sulung Dariku...

Salam Miss Cinta buat semua....permulaan kalam bicara disini...eloklah Miss Cinta zahirkan ucapan terima kasih buat barisan MT PERMAS 08/09 kerna sudi membuka ruangan ini untuk kita kongsi bersama. Insyaallah selaku ketua editor bagi ruangan ini, Miss Cinta akan cuba untuk memenuhi jutaan harapan oleh pihak MT PERMAS untuk Miss dan rakan-rakan mengelolakan ruangan ini dengan sebaik mungkin. Ruangan ini bukanlah dibuka untuk suka-suka, namun untuk mendekatkan kita semua dalam satu ruangan yang boleh kita bicarakan pelbagai perkara yang bersangkut paut dengan perihal kehidupan kita. Jika pembaca budiman sekalian mempunyai apa-apa perkara yang melibatkan curahan hati dan perasaan, kongsilah dan luahkanlah di ruangan ini untuk kita berkongsi manfaat dan pendapat buat kebaikan bersama. Kadangkala, setiap masalah itu ubatnya adalah luahkan ia....nescaya akan hilanglah segala duka dan lara di dalam kalbu kita. Akhir kata buat coretan sulung yang serba ringkas ini, Miss rakamkan ucapan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat barisan MT PERMAS atas kesudian memberi peluang kepada kami sebagai ahli untuk turut terlibat dalam perjalanan persatuan. Wassalam.

Editor: Miss Cinta